Wednesday, 25 November 2015

Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K: Ke Arah BP Award)

Pendahuluan

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) merupakan sebahagian daripada Negeri yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). KLKM adalah nadi kepada pergerakan Pengakap di institusi Awam & Swasta. Segala aktiviti KLKM diselaraskan melalui Negeri KLKM yang dianggotai oleh semua institusi yang menubuhkan KLKM.

Sebagaimana PPM menganjurkan Kursus Ketua Enam Sekawan bagi murid sekolah rendah dan Kursus Ketua Patrol bagi murid sekolah menengah samada peringkat negeri atau peringkat kebangsaan, KLKM juga mengadakan aktiviti seumpamanya. Aktiviti tersebut adalah dikenali sebagai Kursus Ketua Krew Kelana (4K) bagi Pengakap Kelana yang berumur 18 tahun dan ke atas terutama Ahli Kelanasiswa atau Pelajar di Institusi Awam & Swasta.

Program ini seumpama perintis kepimpinan kerana ia adalah produk program KLKM yang diadakan di Malaysia. Program ini sesuai dijadikan salah satu daripada aktiviti kepimpinan bagi Universiti dan IPT kerana ia merupakan aktiviti yang sesuai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang boleh melibatkan penyertaan dari semua institusi awam & swasta yang lain di dalam mahupun luar negara. Perserta yang menyertai program 4K seterusnya akan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Kursus Kemantapan Ketua Krew Kelana (5K).


Objektif Kursus 

1. Perserta boleh memimpin dan menyelia sesuatu kumpulan dengan cara yang berkesan dan efektif.
2. Peserta didedahkan dengan Sistem Krew yang berkesan dan bersistematik bagi memenuhi kehendak Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB).
3. Perserta boleh merancang dan melaksanakan aktiviti kemahiran dengan baik mengikut Skim Latihan Pengakap Kelana serta melaksanakan pengurusan risiko termasuk latihan rawatan dan pertolongan cemas dengan sempurna.
4. Perserta boleh melakukan kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan kemahiran individu tahap tertinggi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
5. Peserta yang lulus akan dianugerahkan Lencana Kemahiran dan memenuhi sebahagian silabus Lencana Perkhidmatan mengikut Skim Latihan Pengakap Kelana ke arah mencapai Anugerah Baden Powell dan Kepimpinan Manikayu (2 bead).

Matlamat

Melahirkan pemimpin kelanasiswa yang berkualiti, berpersonaliti tinggi dan semangat kesukarelawan selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan daerah-daerah institusi awam & swasta.

Antara aktiviti yang telah diuji :-